Monday, December 31, 2012

sightseeing & shopping in Bangkok day 3 & 4

Sambungan dari Bangkok day 2.
(waaa berkurun juga la aku ambil masa nak sambung update entry ni...)

Sabtu / 6 Oktober 2012

Hari yang paling dinanti telah tiba! Plan hari ni ialah shopping sepanjang hari kat Chatuchak Weekend Market. Kemudian malam nanti plan nak ke night market.

Dimulakan dengan breakfast yang disediakan oleh hotel. Tapi kami tak makan segala benda. Cukup la sekadar makan roti sapu butter dan mentega serta scramble egg dan sedikit cereal asalkan tiada ragu-ragu atau was was maka kira halal lah walaupun cafe hotel tu takde sebarang cop halal.



Tetiba disebalik telur ada jagung.



Tuk tuk provided by the hotel. Kenderaan sempit dan lincah ini la yang mengangkut kami dari hotel ke stesen BTS Surasak back and forth, setiap setengah jam.

Oleh kerana hotel tu terletak dalam celah-celah jalan sempit (aku tau memang susah nak bayangkan camana keadaan ni... but it's actually not as bad as it seems), naik tuk tuk adalah sangat relevan instead of jalan kaki atau naik teksi.



Pesanan penaja.


Gerak dari hotel seawal pukul 8.30pagi supaya kami dapat masa yang optimum untuk shopping kat Chatuchak.
Naik BTS dari stesen Surasak ke Mo Chit. Chatuchak Market terletak betul betul kat depan stesen Mo Chit. Wah kan ke senang tu. Berbekalkan plastik beg biru Ikea, kami berjalan ke arah Chatuchak dengan penuh tanda tanya, ewah. Sesat ke nanti, jumpa ke barang yang nak di cari... sebab dengar orang cerita, Chatuchak ni luasnya macam 18 padang bola sepak. Gila. Camping kat sana 3 hari 2 malam pun belum tentu dapat habis round semua kedai.

So let's see how this market looks like...



Mula-mula masuk dah terus nampak kedai jual leggings cantik hanya 100 Baht = RM10 per pair.



Ini keadaan kat kedai-kedai di bahagian dalam, berbumbungkan atap zink. Time tengahari buta memang lah sungguh panas mencengkam kulitku yang ala ala tak tahan panas ni.

After we went in, the first section yang kami lalu ialah kedai-kedai bundle / second hand. Apa lagi, memang seronok la suami aku sebab one of his target is to get some Doc Mart boots. Even that particular area tu pun dah bapak luas, sampai aku naik boring.... dah bilanya nak jumpa barang yang aku nak pulak ni? Tak boleh jadi ni, mungkinkah kami patut berpecah dan shopping mengikut haluan masing-masing??

Hmm tak jadi berpecah, sebab tak lama lepas tu suamiku ada jumpa kasut yang dikehendaki. Tapi itu belum memuaskan nafsu serakah dia lagi. Masih lagi nak cari dan cari sehingga ke hujung dunia. Banyak je aku jumpa kasut / sneakers yang best, tapi seboleh-boleh memang aku nak elak beli kasut sebab nanti memberatkan luggage je.
Lepas aku cuba buat-buat dah rimas dan mengantuk, baru la dia ajak pergi section lain pulak. Ha berjaya juga taktik.

First time rasa pengalaman shopping yang agak mencabar dan mendebarkan.



Di nasihatkan agar mencuba buah-buahan segar yang dijual dimerata-rata kat sini.


Kami lunch di Saman Islam, gerai no. 16, salah satu kedai makanan halal di Chatuchak yang terletak betul-betul dekat dengan clock tower. I did not snap any photos of the gerai because I was too hungry plus we were holding plastic bags and stuff. Rasa macam menyesal tak ambil gambar sebab makanan kat situ adalah sangat....... sedap!

I ordered nasi goreng apa entah (dah lupa) for myself and my husband ordered nasi & seafood tomyam. Tomyam adalah yang terbaik pernah aku rasa, udang dia sungguh manis dan fresh. Chilli flakes dia super pedas dan barangsiapa letak banyak dalam makanan dia maka keluar asap la ikut telinga.





Dipaksa minum dan bergambar dengan air kelapa. Adeh, aku tak suka air kelapa............




Bought a luggage bag just to carry all our purchases on that day. Agak semput mengheret beg tu ke hulu ke hilir.


Selepas 10 jam... diulang, 10 jam shopping di Chatuchak (itu pun rasa tak cukup lagi), kami pun balik semula ke hotel lebih kurang pukul 6pm. Misi dikira berjaya jugak sebab kami berdua dapat apa yang dihajatkan. Cuma kepuasan tu belum tahap maximum.
Heaven betul bila dah sampai hotel, memandangkan kami sepanjang hari asyik berjalan sambil angkat barang. Rasa macam nak terus tidur sampai malam. Tapi tak boleh... rugi. According to our itinerary, kami patut gerak ke vintage night market pula yahuuu.

Akan tetapi, plan kami untuk ke vintage night bazaar tiba-tiba je tak kesampaian sebab ada sedikit pertukaran plan dan akhirnya tak sempat. In the end, we just spent the night having dinner with our friend, Medi who worked in Bangkok during that time. Lagipun mungkin sebab kami pun dah penat sangat. Heysh... rugi rugi.
Can't remember the place that we went for dinner, tapi yang aku ingat tempat tu dekat dengan Elephant Tower.


Ahad / 7 Oktober 2012

Today is the last day for us in Bangkok. Since malam semalam tak jadi pergi vintage night market, untuk hari ini kami membuat keputusan best iaitu sambung shopping kat Chatuchak! Lagipun aku baru teringat yang aku belum beli sebarang souvenir untuk family dan close friends.

Tetapi.... oleh kerana kami kena check out hotel siap-siap dan kena mengangkut luggage yang berat, suami aku bagi cadangan supaya aku sorang je yang pergi shopping, meanwhile dia just duduk kat stesen BTS Mo Chit dan jaga luggage kami.
Aku ikutkan aje! Asalkan dapat shopping.

Sementara aku diberi masa 2 jam je untuk shopping, aktiviti dia pula ialah :



Tangkap gambar traffic kat depan Chatuchak dari atas stesen Mo Chit. See, cute candy coloured things!




Macam kereta mainan.


Around 12pm, aku dah kena bergegas keluar dari Chatuchak sebab kami dah buat perjanjian nak jumpa balik kat tempat menunggu teksi. Strategik juga plan kami tu.
Dari situ, kami terus ambil teksi untuk ke Don Mueang airport. Journey from Mo Chit to the airport takes about 45 minutes.



Terpaksa alas perut dengan makanan simple begini sebab kami tak jumpa kedai makanan halal kat situ.


Tapi..... lepas check-in masuk ke departure hall, rupa-rupanya segala macam kedai dan restoran ada kat dalam tu! Akak tertipu! Aku ingatkan kohong benar airport ni apa pun tak ada. Sekali bila masuk departure hall tu punya la luas dan besar lagi kat dalam tu. Takpe lah dah nak balik ke tanah air dah pun.

We touched down LCCT around 5.45pm and finally back to reality. Hurmm, kami buat kesimpulan pergi Bangkok 4 hari je tak cukup. At least seminggu ke 2 minggu. There are so many places to go, so many things to explore there I promise you won't regret.
Dan yang paling best, barang-barang yang aku shopping tu boleh jual balik dan hasil jualan boleh ganti balik perbelanjaan aku kat Bangkok. Best kan?

Bangkok, we will be back! Hehe.
Sekian sudah travelogue Bangkok.


Some tips if you're shopping in Bangkok :

1. Try to bargain. Barang-barang kat Bangkok murah je sebenarnya. Cuma mintak diskaun sampai penjual tu penat nak layan.

2. Kalau shopping kat Chatuchak, nampak je barang yang kita suka kat salah satu kedai, terus je beli. Sebabnya, kalau nak cari balik kedai tu lepas tu memang kemungkinan tak jumpa dah... cari kat map pun mungkin tiada gunanya, melainkan anda cekap dalam subjek geografi (sebelum masuk dalam Chatuchak, boleh minta map kat pondok polis).

3. Kat Chatuchak, drink plenty of water. Stay hidrated. Jangan risau pasal kena pergi toilet sebab toilet kat situ bersih dan banyak disediakan.

4. Don't bring too many of your clothes to Bangkok, you can just shop for new clothes there. Boleh jimat dari kena bayar luggage fee yang Air Asia charge, kan?

No comments: